Selasa, 18 Ogos 2009

salam sumer...

aku amik dr metro yer..smlm nyer citer, ri ni kuar...

Suami koma ‘mandi’ asid
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin dan Intan Mas Ayu Shahimi
am@hmetro.com.my



JOHOR BAHRU: Cemburu melihat suami berdua-duaan dengan wanita lain, seorang isteri nekad menyimbah asid menyebabkan lelaki itu parah serta melecur hampir seluruh badan dan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah di sini.

Kejadian jam 4.30 pagi itu bermula apabila isteri terbabit berang sebaik terlihat suaminya sedang berdua-duaan dengan seorang wanita dipercayai kekasihnya, dalam sebuah rumah di Taman Timur, Skudai dekat sini.

Berikutan serangan asid itu, si suami yang juga anggota polis berpangkat konstabel cedera parah dan koma. Teman wanitanya turut terkena simbahan asid itu, tetapi dilaporkan stabil.

Anggota polis berusia 30-an yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya itu dalam proses bercerai dengan isterinya, tetapi ia tidak menghalang perasaan cemburu wanita berkenaan melihat suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkan motif sebenar kejadian itu.

“Susulan laporan itu, seorang wanita berusia 20-an ditahan di rumahnya di sekitar bandar raya ini, beberapa jam selepas kejadian.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi hotline 07-2212999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


last week, kisah yg suami tikam boyfren istri sndiri kan...
dis week, kisah istri lak....;p

yg last week nyer kisah, aku ckp kat en. N ape Manjer nak wat kalu istri Manjer curang...wat boyfren dia ke wat istri tu...

En. N wat pe nak tala laki tu, bini tu ler...

aku..ishh..ishhh...wat pe nak keruhkan lg keadaan..nak msuk pnjara sb hub. tu..cerai sudah....;p

kt tak tau aper yg akan jd tuk ms depan....tp, tuk aku, pk la semolek2nyer...ikut amarah sgt, binasa badan lak....

wallahualam.....

moga hub aku dgn en. N sik ader org ketiga yg ngaco....



Tiada ulasan: