Isnin, 18 Oktober 2010

renungan - anak itu kupu-kupu syurga

CIUMLAH ANAKMU

Pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk de dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

BUAH TANGAN

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

AJARLAH ADAB DAN ILMU AGAMA

Muliakanlah anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mecium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namum tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW, "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi"

BERBAKTILAH

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibubapamu.: Kata lelaki itu lagi; "Ibubapaku sudah tiada lagi," Sabda Nabi SAW; "Kalu begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



**ibu sayangkan sufi..mengharapkan sufi sayang ibu macamana ibu sayangkan mak ibu! (",)

Tiada ulasan: