Memaparkan catatan dengan label emo time ;. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emo time ;. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Februari 2011

DERITA ANAK KECIL...

myMetro Derita anak kecil
SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub.



KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.

“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.

Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.

Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.

“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.

Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.

“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.

Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.

“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.

“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.

“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.

Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).

“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.

Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.

Dia yang membuat laporan polis berhubung kes terbabit bagaimanapun pelik apabila belum ada tindakan undang-undang diambil walaupun sudah berulang kali mendapatkan penjelasan.

“Saya mahukan keadilan terhadap nasib bayi saya. Penderitaan Sheena terlalu teruk dan saya tidak boleh memaafkan apa yang berlaku begitu sahaja. Saya yakin polis mampu merungkai apa yang berlaku dan membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.

*********************************************

betul betul aku tak tergamak baca aper aper sajer berita tentang bayi kene buang la, kene dera la..sebab yang aku sedar, sejak aku pegnen lagi, aku akan nangis semahu mahunyer bila baca sumer tuh!..erti kata lain, dah ghupe nangis sakit ati bercinter lak.. :(

aku TERbaca okeh artikel tuhh..huarrgghhh....trus terbayang anak dara aku..trus terbayang aper perlu aku buat kalu aku ader kat situh!..trus menangis tak hengat sampai sedu sedan!...

huhhh...mencik orang tuh!....



Khamis, 9 Disember 2010

salah.. ;(

baru 3 hari tahun baru..

dah buat salah...

mujur cepat cepat sedar..huhh..moga hingga akhirnya lah kesedaran nih...

teringat kata kata Ashraf Muslim dalam Wanita Hari Ini, 7hb ri tu..lebih kurang cam ni la ayat dia...

..pertama, minta, kedua, betulkan, dan InsyaAllah, ketiga, Dia bagi hidayah tu..

eh..eh..asyraf muslim?..huhh...patutla..hurrmm...

me too... ;(

Rabu, 29 September 2010

peel manusia...

saya pelik, kenapa harus ada manusia yg suka kutuk2 org lain sedangkan org yg dia kutuk tu, sah2 tak rapat dengan dia, yakni cuma kenal dlm alam maya ni jer... (belog ke fb ke)

aper, tak ke dia terfikir kot2 la org yg dia kutuk tu, tak mahapkan dia..tak redho ape yg dia cakap...

tingat zaman blaja kat MADID dulu, ayat "aku tak redho/halal" kerap kuar dari mulut kekami..kan kan kan kome?.. ke aku jer??...

macam "anta (ayat bagi kat budak laki le nih) cakap le, ana tak redho, tak hale!" kan kan...ayat tu kan..hehehe...

tak ke org tu tau yg wat dosa ngan Dia, Dia mudah mahapkan, kalu wat dosa ngn manusia nih, kalu buatnya org tu tak mahapkan, mati nanti, tak trima dek dunia ke roh tak naik langit, ntah..kan??..

adoooiiii....

tetapi, kekadang, saya terfikir jugak, ada manusia2 macam ni, kekadang tu wat suasana ala2 gempak gitu..macam.huh..ape lak pas ni, ape lak pas nih.. saje je kan...

mungkin jugak, ujian dari Dia, Dia nak tengok sejauh mana kita amik tindakan guna akai ka tak time tuh...

utk kawan belog saya itu, kita dapat rasai betapa ikhlasnya penulisan kamu...kan kita pernah jugak bercakap dalam tepon kan?.....terus terang kita rasa, macam dah lama kenal kamu!...harapnya kamu tabah ek dengan dunia alam maya ini..ramai yg sayang sama kamu...kan..kan... *_^ jom kita gelak2 je kalu org tu tulis ntah ape2 lagi tang tulisan kamu..hehehe...

Selasa, 28 September 2010

pecah hati tak terkata!..

tak nak mengumpat..tak nak mengata..tak nak meng-aibkan...!!!!
tapi, lumrah manusia...bende yang TAK NAK tu la NAK!!!..

jadinya, macam mana?..

~~senyap d suatu sudut kah?..

~~tak keluar2 bilik kah?..

padahal dalam hati bagai nak pecah tak terkata sebab tak terkeluar apa nak d kata!!..

huarghhhh...

istighfar..istighfar.......

apalahh sangat...makkkk...

kecik-kecik dulu, saya lahir-lahir, mak belikan baju baru saya tau..lampin, pakai hok acik punya kot...hehehe...

kecik-kecik dulu, mak belikan kasut baru saya tau...

kecik-kecik dulu, tiap-tiap tahun, kalu kaya, tiap-tiap bulan, saya bertukar baju baru..hehehe...sronok kot dulu-dulu..

kecik-kecik dulu, mak belikan kasut baru saya jugekk..

tak termasuk lagi nak crita tiap-tiap tahun, seingat saya, baju raya, sampai 4 pasang!..weehh..banyak..nanti cik sufi, kene lebih kot..hoho..

tak termasuk lagi kecik-kecik dulu mak duk belikan baju skolah baru, kasut skolah baru, beg skolah baru...bila dah masuk skolah..

dulu-dulu, mak bagi duit blanje dari harian sampaila bulanan..ni bila dah masuk skolah menengah la..saya form 1 je dah duk asrama...siap sembang-sembang ngan kawan, leh lak cakap, mak pak tak sayang, tak larat nak jaga kami yang duk asrama ni,..tu sebab anta ke asrama..hehehe...pulak..free-free mak pak d persalahkan...

dah masuk ipta, dah dapat duit ptptpu ptptn, mak masih lagi bagi duit blanje bulanan,..mak aiihh..mewah seh zaman blaja!..lebih mewah dari tengah duk kija ni kot.. ;P

nih, tak kira masuk lagi sgala susu mak yang mak kasi kat saya, kederat dia dukung saya.. saya fully bf okehh...umur 2 tahun lebih kot baru benti, tu pun, sebab mak taruk sirap kaler merah konon darah..huhu..trus setop!..

lepas tu, tengah-tengah keja pun, kekadang mak masuk duit jugak sebab nak suh saya balik umah...konon saya kat sini kering pulus la, tu sebab tak balik, padahal nak menggatal ngan pak we..heheh..dosa...dosa...dah kene balik... *_^

dah nak kawen....preparation, pun mak jugak yang kuar pulus banyaknya!..pulus saya...ader, saya kasi, tapi, pas kenduri kawen tu, mak bagi balik duit yang saya bagi tu, mak cakap duit cukup, mak guna duit yang kamu duk bagi bulanan tu!..apeeehhh???...

skarang nih..mak jaga cik sufi, anak saya...mak tak mintak langsung duit..saya kasi duit, mak tolak balik, siap gaduh-gaduh mulut..siap mak cakap nanti tak payah balik kalu nak bagi duit!.uihhh..apekah itu??.. tak caya, tanya en. N..heheh..

oowwhh..time pantang mak jaga pun, saya bagi duit lauk pun, mak tak amik..sudahnya, tiap kali nak bagi duit kat mak, saya akan belikan barang dapur tuk umah ipoh!..nak tolak??...tak pernah lagi...cuma dapat jelingan tajam dari mak je la..heheh...

jadinya...

apalah sangat bila mak cakap kat saya mak nak g sana sini...mak bagi duit minyak ngan tol!!!!!!!!!..

issshhhh....

sedisss r mak cakap gitu!!!...

brapa la sangat duit yang perlu saya kuar tuk nak bawak mak g tempat yang dia nak berbanding himpunan bergunung duit yang mak dah kuarkan tuk saya sepanjang hidup saya nih?....

memang slama ni pun, kalu mak ikut saya kemana-mana, mak ada je kasi duit...d tolak, kata itu ini la...d ambil, serba salah!..

hitung-hitung duit..kederat masa, tenaga, sampai mak tak dak kat dunia pun, saya tak lepas membalas sgala tu!..

addusss...makkk...aye sayang sangat-sangat mak tau!!!!...


**kisah untuk pak saya jugak!..



Isnin, 9 Ogos 2010

mengongkah???

kluar rumah smalam, nak p ke parking kreta, serempak ngan bungkusan sgala nih...ha..amik kau....LEMBU d bagi nama yg membuang bungkusan nih!!!
kalu aku ni jenis yg menulis2 gini, bukan stakat lembu aku bagi nama, yg teruk dari nama lembu kot...lembu skang ni pun berguna pada manusia,!!..

ater, susah sangat ke kome nak membawak sampah dari rumah sendiri ke tempat tong sampah huhhh???...


Rabu, 18 November 2009

diri sendiri....

...jgn sokmo dok cakap kat org bodoh d dpn org lain, nnti perilaku kebodohan kt, akan d sinis olh org yg mendengar kt cakap bodoh itu..
...jgn sokmo dok canang kat org "aku tak dek kene mengena dgn dia"..suatu tika, kamu akan bercerita tntang "dia" yg tak dek kene mengena dgn kamu itu...
...jgn duk asyik carik salah / kekurangan org lain, sedangkan pd diri sendiri, tak moh langsung sedar salah / kekurangan sendirik!...
...kekdng, bila kt berkata2 terlalu bnyk, mmg leh dtgkan dosa, jd, cubalah tuk berkata2 yg tidak lagho saja...
...menghakimi org lain melalui cerita yg d dgr, amatlah mendukacitakan!...
...mengaibkan org lain?....jgn sesekali, d dunia akan d balas, juga d akhirat kelak...





**terima kasih "kawan"..kau pendengar yg baik tuk aku!...

Khamis, 12 November 2009

kene marah....

crita tang opis...eh..crita d opis..

ri selasa ri tu...saya kene marah.. :( nak tau sb aper?..

kes sampai menyampai yg nth ayt mcm mana, yg jelas, ayat dari saya, amat sopan santun sb nak jg nama baik bos/kementerian dan dah tentu diri sendiri!..

tp, apa daya, org luar tak tau cara keja +ve gomen ni, yg dema tau, hanya -ve jer... ;(

deme jugak tak tau, org2 kakitangan / pegawai kementerian sbenarnya tak leh jmpa personaly dgn org luar yg dah sah2 leh timbul syak sangka, nak2 bila libatkan projek / tender!...

rs mcam...uisss..nper la aku jd PA??..nper la aku tak jd kerani?..tak mo le ckp pegawai kan, sb blaja pun tak sampai cucuh atap!..hehehe..jd kerani, wat kija sendiri, paling busuk pun, kene marah ngan bos..leh tahan lg..sb depan mata...nnt keja bos pun, kt wat gak, kannn...

ni, kene marah dgn org luar yg tak paham nihhh..guanno???..

lagi satu, tak suka bila dah marah2, duk ckp yg awk tu org tinggi..awk tu org berpangkat...

nper mesti kuarkan ayat2 gtu?..sdgkan, nnti ko mati, ko d kapan ngn kain putih gak..darah ko kaler merah gak...klu stakat barangan, pangkat je lelebih, tp, tak dak civic, otak pk duk kat tapak kaki..tak guna jugak kann..nampak beno ko tu kejar dunia jer!..istighfar saya...

lg satu, andai ko tu kaye bebeno, takkan le takat projek ciput tu pun ko terkial2 nak kan???...kata syarikat dah kukuh..kawan VVIP...

adoii..manusia..manusia...

moga klu saya bnyk duit nnt, idok le kuarkan ayat cam tu..hurrrmmm....

Khamis, 3 September 2009

lagi kisah jalanraya...

KENDERAAN BERAT IKUT KIRI!!!...OOO..BERAT KOT KETA2 NIH...ni nak kategori apo nyer org nih?....duk lalu emergency lane???....kete besau2, tak kan otak kicik kot...

cian yg memerlukan...jenuh he hong he hong berbunyi, dah sesak, kene sabo je la pak ambulans nyer..



Jumaat, 14 Ogos 2009

pemergiaan mu..

sebak pulak aku membaca nih.... ;(


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi






**kenang..jelas..nyata... ;(





Khamis, 13 Ogos 2009

daaaaaa......

gambo ni, aku ateh katil, d keliling baju2 en. N d depan aku... ;( en. N tinggai kan aku sehari dua ni... ;(

kali ni, bukan urusan koje, tp, ader game MAKSWIP kat PERLIS!!!!..wweeehhh..PERLIS tu tmpt xawek diyer tuuuu..... ;p

aku rs cam sebak je smlm...lg sb dgn hal maggi yg d msk oleh en. N sendirik.. ;(

aku tak tau naper leh sebak cam ni skali.... ayat en. N nper nih, abg p o/sttn, sayang ok jer..

aku tak jwp..sb aku sebak..tp, mmg dah kuo ayor mato nih hoo....

lam ati aku, aku jwp aku riso H1N1 ler.... !!

aku sembang2 ngn en. N b4 dis, ajk p coti2...en. N ckp sayang tak bc paper ek...kat mesia nih, akan 55k (xingtk 55k atau 5k) mati pasai H1N1..sayang lg nak p sane sini...

aku lak..terkedu dgr..trus ckp...ok...ok..kt duk umah, lik kg...kuar beli brng jer...

aku tak tau la en. N kelentong aku atau mmg betui ader lam paper...sb en. N ni, klu tak mo aku wat sesuatu, ader yg d kelentongnyer, aku lak, mleh nak carik @ bertanya, caye je la...;p

tu je sbnyer aku sebak en. N ke saner... ;(

sudahnyer, en. N sendirik packing baju....b4 ni, mmg aku yg buatkan,,sori Manjer!..den xbuat sb tak rela d tinggaikan... pagi td, aku anto en. N...nak nangis!...ayor mater genang...tp...

dek sb aku pakai maskara...no nangis!!..hehehe..ado yg msuk opis mato antu kang...sklipun maskara waterproof, tp, totap tak mo nangis..riso!..hehehe..

mujur kuat tau ati nih....;p

Manjer, p saner, main leloq yer,,kalah tak per, sb Manjer dah slalu menang dgn i...huahuahuahuahhhh....


Moga Manjer pergi dan balik dgn selamat ya...-amin-


Jumaat, 26 Jun 2009

nangis..;(

salam n morning.... ;)

nak mulakan hari ini dgn senyuman la...ok?..

nak apdet pasal c kecil INSYIRAH, tp, msih dlm kesunggulan..

smlm, aku rs, hari air mata wanita kot..sb nyer, luch time, aku p mamam ngn en. N...kat situ ader tmpt bsuh keta, en. N bsuh keta diyer...smentara duk tnggu keta d bsuh, aku tgk pekerje yg bsuh kt en. N tu, org indon, tua..trus aku sebak..aku ckp mcm2 lam ati...tup2 ayor mater aku kuo..sikit..sikit..sikit..trus bnyk2.. ptg lak, offcr tmpt aku jmp bos aku, nangis2...hurmmm....

aku ckp la ati time tgk bsuh keta tu, siannyer, dah tua, msih keje, mujur pak dah tua, tak keje lg..tp, org tu sihat, tp pak tak sihat...org tu nk cri duit tuk family diye jauh...(smbil tgn duk lap2 air mate....!menci nangis2 nih!)...

aku msuk kete, en. N mmg tak pasan...diyer ckp itu ini tang keta, tup tup aku trus ckp kat diyer rindu pak!...bbrrruuummm..ayor mate den lagi mencurah2...

en. N ckp eh, npe ni, td kt ckp tang keta..tak pe, sok kt blk ipoh yer...lam ati aku..owhh..dan dan nak lik ipoh yer...

tp, hakikatnyer, aku trus sebak smpai nangis2...aku ckp nangis sb tgk org tua tu cuci keta, ingt kat pak...

lik opis, aku cal mak.. mak kat spital, tunggu nak amik ubt pak...aku ckp kat mak aye bru pas nangis kat along, aye rindu pak..cian mak amik ubt sorg2...mak aku sebak (aku ikut mak kot, kuat sebak+nangis!)...aku dgr sore diyer syu jer...peh tu, aku ckp, aku nak cal kedian, sb tnggu diyer amik ubt dulu....

time blaja dulu, aku klu rindu kat mak pak aku jer, aku cal deme, skali pun kejap..dulu anset kat bil mahal...jdnyer, aku snggup p public phone, cal mak smate2 nak dgr sore diyer..50 kupang je tau..ye la, kuantan - ipoh, bapok mehe weh...mak paham klu aku cal kejap2 gitu...aku jugak cepat kuo ayor mate kalu rindu rindan ngn bf..huahuahuahuahhhh.......

bl aku pk2 balik....Dia adil tuk umat Dia...Dia bg pak cik yg basuh keta tu kesihatan yg baik tuk crik duit...Dia bagi kesihatan yg kurang tuk pak aku tuk kurang kan duit pak aku...hehehe...(pk nakal ooo..)..mner2 pun, dugaan hidup Dia pd umat Dia, Dia tahu kan, umat Dia leh harung atau tak, tu pasal Dia bg...;p