Memaparkan catatan dengan label ilmiah.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmiah.... Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2011

HALAL..

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.

“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.

********

alhamdulillah, p makan nasik arab ke, nasik pakistan ke, usoh riso la hele ke idok air ni ehhh...

aku kalu p makan nasik arab, sokmo bertaki jugak ngan en. N, dah dia dok kata tak halal la..itu la..aku tau dia amat concern tang makan minum nih, tapi,..ntah la..

jadiknya, skang, dah terbukti ianya halal..insyaAllah...~ suker hok peach flavour!~

baca lanjut kat kosmo or sini sajo.. :)

Jumaat, 25 Februari 2011

apa hebatnya solat di awal waktu...

member post kat wall FB, then, aku copy paste dari sini...

yok baca.. :)


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.


Isnin, 6 Disember 2010

awal muharam..

alhamdulillah..syukur sesangat..dapat tempah lagi ke tahun baru...tapi,..amat malu bila dikenang secetek mana la sangat amalan yang dibuat spanjang tahun nih.. ;(

tahun nih tahun baru aku menjadik sorang ibu...tahun depan, insyaAllah, aku menjadik sorang ibu "sepenuh"nya...

jom share doa akhir tahun..kita baca dekat nak maghrib..last last asar la..jangan lak asar pun nak wat akhir akhir..hehehe....last year, aku baca kat opis..sendirian..tanpa imam..hurrmm..dis year pun, sama..insyaAllah...

ni doa awal tahun...baca pas maghrib...

tuk diri aku, moga aku dapat menjadi insan yang lebih baik..lebih mensyukuri dengan sgala yang Dia berikan kat aku...~amin~

SALAM MAAL HIJRAH, semua....



Rabu, 3 November 2010

jimak dan junub.. ;)

sekadar berkongsi..ilmu bersama...macam macam ada...tapi, rasa macam more berkisahkan rumahtangga..kan..kan..

~~jimak~~junub~~ ??..aper lagi yang sama waktu dengannya?..

berjimak dulu kan..baru la berjunub weeehhh...hahaha..

ok..ok...nih info..

aku nak carik lain...biasala, kat saner nun banyak selingan..klik klik..bace je la..

pernah korang terjadi hal ni tika ramadhan?..

first aku baca soklan, aku gelak dulu..yer r, tanya sah pose, tapi, langkau solat subuh..hoho...

penat sangat kot.. (",)


Saya dan suami menikmati hubungan kelamin pada malam hari. Adakah sah puasa saya apabila saya menangguhkan mandi hadas besar selepas waktu Zuhur pada keesokan harinya?
--------------

AHLI fiqah (fuqaha) bersepakat bahawa tidak menjadi syarat bagi puasa seorang itu tidak berjunub sehingga dia dapat membersihkan dirinya (al-Zuhaili, II: 689).

Dalam keadaan berhadas besar selepas berjimak pada waktu malam maka sah puasa itu sama ada wajib atau sunat. Puasanya juga tetap sah dalam keadaan berjunub.

Diriwayatkan, pada suatu pagi Nabi berjunub dengan sebab jimak dan bukan sebab mimpi. Kemudian baginda berpuasa Ramadan (Muttafaq alayh).

Maka ibadat puasa anda tetap sah walaupun menangguhkan mandi junub sehingga keesokan hari. Bagaimanapun, menangguhkan mandi junub sehingga waktu Zuhur tidak patut berlaku kerana seorang itu wajib menunaikan solat Subuh kerana syarat sah solat adalah suci daripada hadas besar.


renung renungkan..selamat beramal... (",)

Isnin, 18 Oktober 2010

renungan - anak itu kupu-kupu syurga

CIUMLAH ANAKMU

Pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk de dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

BUAH TANGAN

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

AJARLAH ADAB DAN ILMU AGAMA

Muliakanlah anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mecium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namum tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW, "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi"

BERBAKTILAH

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibubapamu.: Kata lelaki itu lagi; "Ibubapaku sudah tiada lagi," Sabda Nabi SAW; "Kalu begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



**ibu sayangkan sufi..mengharapkan sufi sayang ibu macamana ibu sayangkan mak ibu! (",)

Khamis, 5 Ogos 2010

kedai buku MPH

setelah hampir setahun...

setelah cik sufi keluar dari rahim aku..

baru kami jejak kaki ke MPH...isshhh..issshhh...untuk mencari buku tentang.....

b4 ni, duk baca2 dalam internet jer..p alamanda tu, jeling2 je kat MPH..mulut duk cakap nak masuk, sudahnyer, idak pun..

dah cik sufi keluar, harus..wajib kene tahu apa2 tang baby kan..nak2 anak sulung, bukan skadar tanya, dengar n baca dari yang berpengalaman je, tak salah jugak cari2 teori sendiri..nak2 aku yang memang amat fail handle budak2 nih!!!...seyeeeessss..memang rambang mata duk baca buku2 tang baby even tang pregnancy!!..time duk tengah pregnen ri tu pun, takbeli buku sgala nih..eehh..tipu...ada satu...amalan ibu mengandung...tu pun, bukan aku yang beli, mak IL yang bagi..kira tak beli jugak le kann..hehehe....nampak beno anak menantu dia nih malas membaca..idok le malas membaca..baca aper, lam internet kan banyak..suma d ujung jari mmaaaaa....

aku amik 3 jenis buku...satu antaranya, yang gambo atas nih...cumeii je baca n tengok gambar2 lam tu..tiap kali baca, kompem aku renyeh2(sengeh2) sesorg!..pas tu duk tanya en. N..eh, anak kita dah leh wat pe ek..eh anak kita patut wat ni la tika ni..eh, jom kt train anak wat ni nakkk...sonokk..sonokkk...tu sebab bila dah ader anak nih, aku cakap, hari2 aku belajar..belajar memahami dia...belajar suma tindak tanduk dia...

sonok sonok pun...



















?????????terselit d celah2 buku tentang baby tuhh..aku amik n baca le sikit2..tak moh beli..jenuh lak aku membelek kamus kang.. ;p...

tajuknya kemain best kann...betul tak tajuk tu??

aku rasa..exactly rite, kan???..hehehehe....





Khamis, 17 Disember 2009

maal hijrah...

petang ni, dekat2 nak maghrib, d baca doa ni...jom sesama kt baca yer...

jgn nak ngadap bola pulok..;)

DOA AWAL TAHUN HIJRAH?....

mak cik google, sik jumpa yg jawi...ala, kat buku bacaan yasin, setgh tu ader... kan?..

tuk ingtan aku jugak - moga tutupnya buku lama sbelum ni, bnyk amalan bekalan tuk akhirat yg tercatat dlm buku tu...

moga bukanya buku baru pulak, aku dpt tambahkan amalan bekalan tuk sana juga..tahun baru ni jugak, bakal zuriat kami kluar...moga kehidupan kami lebih d berkati oleh Dia.... -amin-..



Rabu, 11 November 2009

al-mulk..

kwn2 MADID, adakah kalian ingat ini surah?...

kt duk bc b4 tido ramai2....dr tak hafai, smpai trus hafai kan..?..skalipun ni bukan surah yg wajib kt hafai time tu...

-syahdu sungguh suara dia nih...relax je membacanya!..masyaAllah..

aku la ni, dah mengalami keadaan mengah2 tika ngaji..usah kata tika ngaji, duk bersembang sakan pun, mengah jugak...jdnya, tak selesa tuk aku mengah2 nih.., yer la..nak kira panjang pendek harakat..tajwid..

jdnya, yg terbaik tuk aku, crik cd, carik lam youtube, pasangkan, dan dgr, smbil leh ikut lam hati..kann...




dapat jugak..

dah lamer mencarik ini buah...

sbenarnye, aku idok mencari dgn gigih pun, hehehe..renyah kot nak carik2 ni..ader dpn mata, alhamdulillah, tak dak, bukan rezki aku ler.. ;)

jumaat ri tu, p pasau tani kat putrajaya nih, ader lak depan mato...mehe gak buah nyer,,..ater, dah sebijik RM5!..mehe la bagi aku yg tak berdoit ni kannn...

tak per, dah ader, aku nak le telannyer...siap tny, nper mehe, kononnnyer, sbb buah tu dtg dr jauh!..

jauh ker?..mak angkat aku blakang umah kat ipoh nuh, dpn umh diyer ader tanam buah delima ni, kecik2 dulu, klu masak, ader la aku rs, tp, la ni, tak tau masih ada berbuah ke tak.., dah lama tak p kan umh dia, even blakang umh..hehe...

tak per la..asalkan, ku rasa..separuh aku abiskan la la tu gak, sparuh lagi, masih lam fridge...rs tunggu smpai kecut kot!...en. N tak pasan, kalu pasan, haru dia bising...

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)



Isnin, 5 Oktober 2009

back pain during pregnancy..





As your body changes during pregnancy, your back must work in new ways. This can be painful if your back isn’t prepared. Back pain is due to many causes. Physical changes to your body can strain your back and its supporting muscles. Also, hormones (chemicals that carry messages throughout the body) increase during pregnancy. This can affect how the muscles and joints work together. All of these changes can lead to pain.

Your Back
The spine is the column of bones that runs down your back. It has three curves: the cervical, thoracic, and lumbar. These curves support your body and help you keep your balance. Muscles in your back and abdomen (stomach) brace and support the spine. Muscles in your buttocks, pelvis, and thighs work with your spine to let you twist, bend, and lift.

Your Back During Pregnancy
During pregnancy, changes in your body affect your back and posture (how you position your body). Your body’s shape and size change, making your muscles work harder. As the body prepares for childbirth, hormones cause pelvic muscles, ligaments, and joints to loosen. This can lead to pain. These changes may also cause you to use poor posture (positions that strain the spine). Over time, poor posture often results in back pain.

masih kisah pegnan, sakit blakang...aku ler tuh!..hehehe...

aku sj nak tau bnyk2 info lg tang back pain nih...tuk kesihatan aku gak kan....

tp, tu la, bnyk org ckp, doc pun ckp, set in ur mind, this is causes bcoz of ur pregnancy!..so, u don't hve 2 b panic!...

auuuuccchhh!!...yer..mmg aku kkdg panic, smpai awl2 ri tu, aku msg btau kat en. N ghupe dah nak lumpuh kebwh badan dah...eeii..

tp, tu la, aku pk2 jugak, tu sb, bila mati tika branak, d kategorikan sbgai mati syahid kecil!...tanggungan yg d berikan... hny yg merasa dan Dia je yg tahu!.. Allahu akbar!

ada wanita tak dak rasai..ada wanita termasuk aku, duk merasai kesakitan tu...

tp, ni kan suma dugaan Dia...aku jugak tak la jd hamba kat diri sendiri, biarkan melepek je kalu sakit tu, cuba gak aku gerak sana sini tuk lawan..klu tak, tak kemana la kot aku nih... :)

Ya Allah, Kau kekalkan dia selama 9 bulan 10 hari dalam kandungan ku...ku mohon, Kau berikan aku kekuatan tuk hadapi suma ini, berikan aku kesihatan yg baik sepanjang Kau anugerahkan aku dia ini tuk aku lebih beramal terhadap Mu..

anak ibu, b a gud person tau....ibu duk sakit2 nih...jgn noti2 lam sana n nnti luar jugak!...



Selasa, 8 September 2009

anakku... :)


Week 5: Teeny tiny baby steps Fetal development in pregnancy week 5:embryo in second month The changes to your growing embryo are not quite as drastic this week as they've been in the last few weeks. Growth is now largely focused on their little head, which is starting to develop much more rapidly than the rest of their tiny body. This is because their amazing brain is undergoing some very crucial and rapid development in order to effectively regulate their heart rate, blood circulation, and other vital functions. As for the rest of their miniature body, what were simple limb buds last week are limb flippers this week and the tail is more expressed. Amazingly, within a mere five weeks your little miracle is already developing the rudimentary forms of their liver, pancreas, lungs, stomach and nasal pits while their little heart is already increasing its circulation. Your baby is now a whopping 4-6mm in length. - owhh...masih kecik anakku ini...Ya Allah, kau peliharalah dia dalam kandunganku sehingga akhirnya..sempurnakanlah makhlukMu ini ya Allah..-


And how's mom doing? Your body is still adjusting to the increased amount of hormones and you are probably pretty much experiencing the same symptoms as last week. Still, some women will start feeling the joys of morning sickness set in this week (see Week 4 for specific symptom details). Don’t worry if your areolas are make sure you fully cook all your meat, wash your fruits and veggies clean, keep away from cat litter and wear gloves if you’re going to work with any soil. darkening this is a perfectly normal response to the hormonal changes in your body. - Ya Allah, jgnlah Kau berikan alahan yg teruk pada hambaMu ini.. :(-

Also start having someone else changing the kitty litter for you. Avoiding this chore will keep you from the remote chance of contracting Toxoplasmosis. Toxo is a parasite that is only very rarely found in fecal matter of vermin and rodent-eating felines. Don’t worry though, you don’t have to get rid of your cat. Also, make sure you fully cook all your meat, wash your fruits and veggies clean, keep away from cat litter and wear gloves if you’re going to work with any soil. See facts about toxoplasmosis for more information. -


syok la 2 3 hari ni, ngadap web2 tang pregnancy jer..

ya, aku mmg jangak tang ini pregnancy..tp, harusla kan...first time maaa...:)



proses kejadian manusia menurut Islam

setelah d tanya (aku boleh carik, tp, sakit M yg besau!..) ngn kekwn, aku dah jmp..mmg senang, google sajer..apo mau buek...peh ni, leh selak quran pulak...

dr awal aku tahu yg aku bakal jd ibu nih, aku dah duk pk2 nak google kejadian / pembentukan manusia ni dr sudut islam...mmg dulu aku ader bc belaja/baca makna surah d mana seawl pembentukan adlh dr percantuman sperma dan ovum, kmudian d ikuti seterusnya..seterusnya..dah seterusnya..paling aku ingt, ader makna tu (kwn2 MADID, klu salah, tlg betuikan) "kejadian manusia adalah dari air yg kotor yakni air mani" - kan... ?

ok..jom kt kongsi sama...hayati bersama..aku tb2 duk rs amat sensetif bila duk bc n kenang kuasa Dia!..



PERINGKAT SATU

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.



A- Sperma B-Sperma menembusi ovum


PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat
pacat atau lintah
suatu buku atau ketulan darah


Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.


PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.- baby saya berada d tahap ini, sekarang..:p

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap. - tak sabar nak nanti saat ini!..

Janin pada usia 12 minggu


PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri



PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t - moga baby saya lepas hingga akhirnya..-Ya Allah, kau lindungilah dia d dalam kandunganku kini, serta d luar nanti...

best jer baca kan...aduhh..kuasa Dia, mmg macam2!..





Rabu, 3 Jun 2009

AZAN...

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma.

Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya .

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin.... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.

Subhanallah. ..Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Allahu Akhbar!


**aku trima ni dr email...sgt menyentuh hati...sgt membuka akal fkran aku tentang azan...

Khamis, 14 Mei 2009

NGUMPAT!!!

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akandiampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya danIbnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayatAbu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Padarekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelumitu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu keringsehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seseorang terkejut besarapabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannyadidunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusahamengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


** bohong weh kalu aku ckp aku tak pernah ngumpat/mengate kome, ko, hang...harus ader....tp...ha..ado tp...tak le yg terlalu aib cam ko beyak ucuk ke...ko ader parut kat untut ke...huahuahua....cam no pun., tuk diri aku, mmg aku nak elak dr sumer nih..ha..kome2 yg berkaitan, jgn la d ajok aku ke jln saloh yer..nak2 nnt ujung bulan ni, kt jumper2...huhuhuhu......