Jumaat, 31 Mei 2013

Terkenang lagi...

Memang benar, bila dah tak da depan mata, baru nak kenang bagai..

Alhamdulillah, sepanjang hayat arwah pak, saya memang kerap kenang arwah bila blakang mata pun! Bapak wehhh..wajib lah, kan.

Apa yg saya kenang, tengok balik gambar gambar arwah, saya hitung masa..

Gambar ni, masa birthday arwah yg ke 73! Sambut 31 Mac hari tu..sambut dgn nyah n abg wan, sebab memasing birthday turut hari, 1 n 2 April.

Rupanya, itu adalah sambutan birthday terakhir arwah! Genap 50 hari sebelum arwah pergi.

Sefahaman saya, kita manusia ni, nak rasa pergi, dlm 100 hari,.tapi, tak tercakap nak pergi, itu lah yg memberi "tanda tanda" aje.

Saya tengok, arwah, lepas pada sambutan birthday-nya, kesihatan makin merundum..

Sampai, masuk hospital juga la..sempat saya jaga walau tak bermalam sama.

Makin hari makin hari, kurang memuaskan kesihatan arwah.

Ya Allah, semoganya, kami, anak anak dan isteri arwah, telah berikan yg terbaik spanjang arwah sakit.

Banyak yg d kenang,..

Skarang, mampu kenang dan berdoa serta membuat jariah bg pihak arwah aje lah dgn apa yg d tinggalkan.

Pak.. Moganya pak merasai, aye syg sangat kat pak!

Tiada ulasan: